Wednesday, August 26, 2009

Diskusi: Terlalu Sibuk dengan Manusia Buat Kita Semakin lupakan Allah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ha. Sebelum antum semua fikir lebih jauh, meh ana nak terangkan situasi yg dimaksudkan di atas dulu..

Betul ke bila kita banyak habiskan masa, bergaul, menyibukkan diri dengan manusia akn membuatkan kita semakin lupakan/jauh drpd Allah yg tercinta..? Tambah pule, keadaan masyarakat di situ sendiri tiada biah solehah.. kalau berhadapan dengan keadaan ni, apa yg perlu dilakukan?



Amat baik jikalau pertemuan atau byk ber'meeting' dengan tujuan mengingatkan kita semua pd Allah yg tercinta.. Tapi kalau meeting tu tak mendatangkan rasa "Allah yg tercinta sentiasa mengetahui, mengawasi dan memerhatikan kita" sebaliknya menambah rasa lalai dan lagha, macam mana ye? Mungkin kita sendiri mampu wujudkan suasana tu tp secara praktikalnya, macam mana ye..?

Sangat berbesar hati kalau antum semua dapat berkongsi pendapat mengenai persoalan2 ni..

Salam Ramadhan..
Salam Mujahadah Buat Semua..

2 comments:

  1. Bismillahirrahmanirahim..Dengan izin Allah saya menulis..alhamdulillah ..persoalan di atas..bukan setakat persoalan tetapi juga peringatan..shukran..

    ya saya bersetuju, terlalu menyibukkan diri dengan manusia sedikit sebanyak akan membuat kita jauh dari Allah..
    misalnya berada disuasana pekerjaan yang memg tiada biah solehah..

    namun,,disitu lah kita memainkan peranan yang penting untuk menyuntik iman ataupun membentuk suasana ingat pada Allah.. ia perlu, kerana kita tahu 5 hari dalam seminggu kita akan berhadapan dengan mereka.. wajarkah kita membiarkan waktu siang selama 5 hari seminggu dalam keadaan yang tidak soleh?

    justeru, kitalah yg mmbina biah solehah tersebut.. lebih2 lagi dalam keadaan umat islam sekarang.. dan kerana kita adalah daie sebelum sesuatu yang lain..

    saya ada terbaca didalam buku fadhilat amal,,
    Hazrat 'Aishah r.anha pernah bertanya kpd Rasulullah, " Wahai Rasulullah, adakah azab Allah swt turun ke muka bumi sedangkan dikalangan mereka masih ada yang soleh, adakah mereka juga akan mengalami kemudaratan?
    Nabi bersabda "di dunia ini semua sekali akan mndapt padah dari azab itu ttapi di akhirat org soleh itu akan diasingkan dr para pendosa" Hadith Riwayat Ibnu Hibban..

    Oleh sebab itu, janganlah berdiam diri jika terpaksa berada didalm biah yg x solehah,, tp kita lah yg mewujudkan suasana soleh itu..inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. berkenaan isu ni,ana x nafi..ana bukanlah di kalangan mereka benar2 faqih..namun sekadar pandangan dari ana.. :)

    "terlalu sibuk dengan manusia"..mungkin statement ni terlalu subjektif..tapi ape yg pasti,berhadapan dgn manusia tu mmg x dpt dielakkan..persoalannya sejauh mne tujuannya lah..sbb soal keduniaan mahupun akhirat nk x nk ia berkait antara manusia contohnya,soal tanggungjawab sesama manusia...dan bagi setiap muslim itu juga sebagaimana Allah s.w.t sendiri menggambarkan dlm surah as-sof iaitu sebagai sebuah bangunan("...bunyanun marsus")..dan nabi s.a.w pula mengibaratkan sebagai satu badan...

    jadi,pada pandangan ana,penting untuk kita faham kembali erti sebenar setiap saat kita bersama manusia maka dengan itu insyaallah kita tidak semakin lupakan Allah bahkan lebih mengingatiNya..kerana Rasulullah s.a.w juga sibuk akan umatnya sehingga akhir kalimah nya disebutkan jua "ummati,ummati,ummati"...apekah yg sebenarnya baginda sibukkan..??...andai dikupas persoalan ni,maka mungkin itulah hakikat sebenar "terlalu sibuk dengan manusia" yang diperlukan bagi menyempunakan keimanan kita..

    firman Allah s.w.t :"hablu minalla wa HABLU MINNAS"...

    sabda nabi s.a.w yg mne mafhumnya :
    "tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya."

    "bukan dari kalangan umatku bagi mereka yg langsung tidak memikirkan masalah saudaranya"

    wallahuaklam

    (insanrabbaniyah.blogspot.com)

    ReplyDelete