Showing posts with label Soal Hati. Show all posts
Showing posts with label Soal Hati. Show all posts

Monday, March 26, 2012

'ROJAK' post to remind the heedless-me


Bismillah!
(Konon semangat)

Assalamu'alaykum.. (Jawab penuh: Wa'alaikumussalam wrm wbt= more rewards)

Emo sekarang: Rasa KOSONG. Teruknya!!

Time2 ni la iman nak jatuh menjunam..... Mcm xda tanda nak naik. Hish. Dah bape hari dah ni.
EMPTY!

"Assalamu'alaykum fai.. Kaif haluk? Nak mtak nasihat dr sahabat lama kalau x keberatan.. :)"

Tit tit. (mesej masuk. Uhuk. HP 'comel'. Bunyi pun comel la. Ayah x kasi beli HP mahal+canggih. My uncle called me 'Gadget Destroyer'. Huhu)

Alih perhatian dari novel di tgn-'Versus' by hlovate ke HP comel. (Erk.Ape la demam tetiba bc novel. X lyn sgt tp novel ni bgus gak. Mcm bule relate byk dgn watak2 dlm novel ni.. MACAM bule relate.. Ni yg rasa mcm nak salahkan sorang rommate ni, baik betul dia kenalkan novel ni! Dah tu diri sendiri tanya, konon nak survey novel best utk kakak. Alih2 diri sendiri melekat)

Sahabat lama: ,"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah (Di dlm hadis Qudsi, riwayat Ahmad, Allah berfirman. Allah berfirman "Wahai anak Aadam, jika engkau mengingat Aku dlm dirimu maka Aku akn mengingatimu dlm Diriku..")

Tit tit. (Lagi mesej masuk)
"Rasulullah (saw) membezakan manusia di dalam hadisnya yg berbunyi org yg berzikir dgn org x berzikir ibarat org hidup dan org mati..' Ibn Taymiyah r.a. berkata "zikir bg seorg mukmin, bgaikan ikan dan air. Bgmanakah keadaan ikan bila ia dipisahkan dgn air?"

Fuh. Pedih. Direct masuk hati.

Tit tit. (More messages coming in-inbox penuh.Uhuk)

"Rujuklah kembali pd al-quran..surah ali imran yg bermula dri ayat 133 & seterusnya"

Apa lagi. Mana translation Quran!!

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakn bagi orang-orang yang bertaqwa (ayat 133)
...........dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri. (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui..(ayat 135)"

Tetiba teringat kat Syaykh Reda Bedeir last time dtg Malaysia bagi talk: "Rush to The Forgiveness of Allah"
Haaaa... Macam tahu je apa masalah hati ini sekarang. Macam dah terjawab. (O Allah, sorry!)

Tit tit. (Ada lagi)

"Hati yg resah & gelisah, boleh jadi kerana ia merindukan pda Allah namun dihalangi dgn perbuatan maksiat yg dilakukan xpa disedari.."

"Jagalah matamu krna itulh pintu yg paling luas & paling mudah utk dimasuki anasir maksiat..kesannya akn memberi tempias pd hati..sentiasa menjga hati dgn perbykkan istighfar yg benar.. halusi mknanya.. yakini dgn hati yg tawadu' memohon pd Allah.."

Hmm.. Tawadu... Ya Allah! Adab dgn Allah pun x settle lagi. Ibadah hati..

Balas: "SubhanAllah.. Xtaw nak ckp pe. *hati tesentuh. Rindukan peringatan*"

Ye. Sebak sgt. Rindukan hati yg dulunya sentiasa 'basah' , hidup mengingati Allah.
Sekarang? Lain. Mungkin terlalu sibuk dgn hal duniawi yg melalaikan..

"Org yg beriman itu sunatullahnya akn terus menerus diuji Allah. bgmana mungkin kamu dikatakan beriman jika tidak diuji.. (29:2-3)

Sebak. Sahabat bilik sorang ni pulak baca Al-Quran gaya ala2 Ziyad Patel. Dah macam 'background music', cuma bukan music, skali Quranic Recitation da.. Haru.....

Tit tit. (Mesej masuk lagi)

"InsyaAllah, setiap mukmin itu memerlukan peringatan..dan Allah itu Maha Pengampun & Maha Penyayang pada hamba2Nya.. (39:53 & seterusnya) Sama2lah kita saling memperingati.."

InshaAllah..
InshaAllah..

My mood now: Malu. Malu dengan Allah..
_____________________________________________

Pikir.. Pikir..

"We are yet to make Allah happy with us"
-Syaykh Tawfique Chowdury (TOF Conference, Malaysia. Dec 2011)

Ya Allah, pelihara hati ini.
Ya Mu'min, I wana have sound and and healthy heart. Amin.

A post for the now-heedless me.
Allahu yahdina.

With so much love and peace,
Umm Teem.
Read More......

Sunday, July 5, 2009

Hati yang Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Hari ni Allah masih memberikan pluang untuk kita bernafas.. Dah berminggu-minggu ana dengar berita kematian drpda sahabat2, keluarga.. Buat diri yg hina ni tertanya-tanya, "Aku ni bila lagi ye..."

Mati..Mati..Mati..Mati.. Suka ana ulang banyak kali. Macam mana ye rasanya mati? Slpas tu kita akan menghadap Allah kan? Hmm..macam mana ye nak hadap Allah sedangkan keadaan hati ni...cukup hanya Allah yg tau.

Ana bukan mengharapkan pape dlm ruangan kali ni. Jauh skali nak men"CaPub".. Cuma nak merungkaikan persoalan yg seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan drpd kita, pd kebanyakan masa.

Bermula drpd rasa kosongnya hati.. Satu rasa yg ana andaikan kerap kali dirasakan oleh ramai orang yg kemudiannya diisi dengan macam2 la. Time ni memang terserlah sungguh kreativiti masing2 dlm usaha mencari pengisian tu.. Memang kreatif dan inovatif.

Tengok cite2 Korea, cite2 Jepun.. Memang2, pelakon dia memang comei2,hensem.. "Ala.. Apa salahnya tengok jap, tengok ciptaan Allah. Kita puji Allah jugak tengok diorang karang. Banyak pengajaran pun dalam cite ni.. Kita amik yg elok2 je.." Hm.. Boleh ke macam tu? Tapi klu sampai dah azan masih...... Macam mana ye? Takpe2. Tengok puas2. Puji Allah bebanyak kat situ..Yg lain, memang bagus sahabat2 yg bangun menyegerakan solat ni. Alhamdulillah..

Ada lagi..

Baca novel? Novel apa? Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Salju Sakinah,,......... Alhamdulillah.. Baguih2.. Dapat menjana perkembangan vocab & sastera Melayu kita ye dak? Tp.. novel yg semacam tu.....macam mana ye? Tau novel yg semacam tu macam mana? Yg buat pembaca2 setianya tersenyum sorang2, ketawa sorang2.. Yg parahnya, angau la pastu, sorang2.. Mana tak nya, baca novel cintan-cintun.. Yg islamik tu, Alhamdulillah.. Sarat dengan hikmah, Boleh la dijadikan satu medium peningkatan iman; cintakan Allah, cinta yg slainnya juga keranaNya.. Tp yg bikin angau tu.. Boleh isi kekosongan hati ye? Cuma takut tertipu dengan janji2 dunia yg bersifat sementara. Cinta selain keranaNya, takkan kekal. Malah menjanjikan banyak tipu daya juga buat tambah lagha sebenarnya wahai sahabat2ku sekalian..

Lagi2?

Banyak.. Join usrah, halaqah, ceramah2, forum2..Senang cerita, pergi je semua majlis ilmu selagi mana kaki masih mampu melangkah.. Takpun, ada yg dia sendiri bagi ceramah, jadi naqib & naqibah. Dengar dia bercakap, Subhanallah.. Mantap2.. Tak kurang juga yg berapi-api cakapnya. Cuma tak faham dengan yg sesetengah ni, pas balik bilik, duduk lepak2, ketawa terbahak2. Lupa dunia.. Yg terbungkang tidur tu, qailullah katanya.. Berjam2 lak tu. Erk? Macam familiar je

Lagi..

Tahajud, tadabbur Al-Quran, solat, riadhah... Banyak2.. tak habis ana nak menaip ni nanti..

Semuanya bergantung pada macam mana kita nak isi hati tu. Yg positif pengisiannya, Alhamdulillah.. Yg negatif tu..?? Sahabat2 yg ku kasihi keranaNya, sama2 la kita perbaiki diri..

Persoalannya sekarang, macam mana nak isi kekosongan hati? Macam mana nak hidupkan kembali hati yg mati? Hati ni kalau rosak dan tercemar dgn benda yg Allah x suka akan menyebabkan hati kita jd gelap, susah nanti nak dapat hidayah Allah.. Jd, macam mana ye nak ubati hati ni?

Pertama, KENALI HATI..

Hati ni ada 3 jenis; 1. Qalbun Sahih (hati yg suci). Bila memperkatakan hati yg suci ni, ianya bermakna hati tu bersih, sihat dan bebas dr segala gangguan yg boleh menyebabkan si empunya hati menentang perintah dan larangan Allah s.w.t.. 2. Qalbun Mayyit (hati yg mati). Nafsu dan syaitan ni slalu je berebut tempat di hati manusia. Pabila hati kita ni dah dikuasai, ditawan, alamatnya payah le nak mengikut perintah Allah swt dan RasulNya. Sebaliknya lebih mudah menuruti kehendak nafsu dan syaitan.. 3. Qalbun Maridh (hati yg sakit).. Hati jenis ni hidup tp dah mula menyimpan benih2 penyakit. Kadang2 sihat, kadang2 tu bila x sihat, akan jd x menentu.. Ada ketikanya utamakan dunia, cintakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur..Senang cite, semua penyakit hati-yg bule mengakibatkan hati mati. Bahaya2.. Naudzubillah..

Hati kita ni kategori yg mana ye?

Kedua.. CARI PUNCA..
RACUN yg berpunca dari LIDAH..
1. Berlebih-lebihan dalam berbicara..

"Janganlah banyak berkata-kata selain ZIKRULLAH krna ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yg terhindar jauh drpd Allah adalah orang yg memiliki hati yg keras." H.R Tirmizi

2. Mungumpat, memfitnah, mengadu domba..

3. Berlebihan dalam pergaulan.. Pergaulan bebas antara muslimin dan muslimat,tidak memelihara kehormatan diri dr segi pemakaian, tingkah laku, adab, cara percakapan dan byk lg..

RACUN yg berpunca dr MATA..

1. Berlebihan dalam melihat sesuatu..

"Katakanlah kepada lelaki yg beriman spya mereka menutup pemandangan mereka drpd melihat yg terlarang dan menjaga kehormatannya drpd kejahatan (jgn berzina). Demikianlah y sebaik2nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan.." Surah An-Nur:30

Jika terpandang yg haram secara tak sengaja dimaafkan tp kalau pandangan tu diulang buat kali kedua, sengaja pula.....tak boleh..tak boleh.. Berdosa.. Zina kan semuanya bermula dengan pandangan yg berlebihan, yg tak terjaga?
RACUN yg berpunca dr PERUT..

1. Berlebihan ketika makan..

"Jangan banyak makan dan tidur kerana pd hari akhirat nanti, mereka akan miskin amal solehnya ketika bertemu Allah.."

Yg pastinya, bila kita terlalu kenyang, mesti mengantuk kan? Akibatnya, kita akan banyak tidur kemudiannya.. Rasulullah s.a.w yg tercinta pun makan bila rasa lapar dan berhenti sebelum baginda rasa kenyang! Malah, Rasulullah s.a.w yg tercinta juga pernah bersabda yg bermaksud:

"Orang yg paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lapar pada hari akhirat.." H.R al-Hakim..

Jadi.. Banyak benda kita kena consider in doing something.. Banyak juga tip2 MENGUBATI dan MENGHIDUPKAN hati yg berpenyakit dan mati ni..

TIP2 MENGUBATI HATI:
1. Sentiasa berbaik sangka
2. Buang segala hasad dengki
3. Ukirkan senyuman.. Senyum sokmo!
4. Sentiasa merendah diri
5. Hiasi diri dengan sikap pemaaf..
6. Ikhlas..
7. Sentiasa menghadiri majlis ilmu!!
8. Jangan tinggalkan ibadat!! (Ibadat khusus, ibadat umum..)

TIP2 MENGHIDUPKAN HATI pula....:
1. Taubat Nasuha..
2. Hindari stres!
3. Sentiasa bersifat redha~
4. Hiasi diri dengan sifat pemalu (Al-Haya')
5. Rajin berzikir dan baca-tadabbur Al-Quran
6. Sentiasa ingat mati.. Kalau susah jugak, p la melawat kubur nak amik feel..
7. Ziarah orang miskin, orang sakit..
8. Sentiasa menghadiri majlis ilmu
9. Berdamping dengan para ulama
10. Banyakkan berselawat..

Kemudiannya, wahai sahabat2 sekalian..hati yg telah diubati dan dihidupkan ni, kena jaga.. supaya tak sakit dan mati lg..Kuncinya?

JAGA PERUT. JAGA MATA. JAGA LIDAH. KAWAL NAFSU

InsyaAllah.. Allah kan ada? Doa pd Nya semoga hati kita terpelihara..

Sebagai seorang insan yg punyai banyak kekurangan diri, ana nak mengajak sahabat2 sekalian, sama2lah kita saling berpesan dan mengingatkan diri pdNya.. Sama2lah kita berusaha mengingatkan hati kita pd kebesaranNya.. Sama2lah kita menghidupkan hati. Wahai sahabat2 ana, diri ni sangat lemah. Kekuatan datang drpd Allah.. Cuma ana mengharapkan kalian mampu menjadi wasilah. Di saat kecundang dalam meniti perjalanan hidup untuk terus mengenaliNya, mencari redhaNya, jadilah kalian sebagai sahabat yg menguatkan. Bila diri kita ni terlalu gembira, sesama lah mengingatkan akan azabnya yg keras bagi orang2 yg lalai dr mengingatinya. Bila kesedihan, ingatkan pula akan rahmatNya, kasih sayangNya yg meluas melebihi segala2nya. Agar kita dapat terus bergantung & mengharap pdNya.. Sehingga dapat juga kita rasakan, cukuplah hanya Allah bg dri ini.. Dengan harapan, tiada pape pun yg dapat mengganti.. CUKUP HANYA ALLAH BAGIKU..

Salam mujahadah buat semua..
Read More......