Sunday, July 5, 2009

Hati yang Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Hari ni Allah masih memberikan pluang untuk kita bernafas.. Dah berminggu-minggu ana dengar berita kematian drpda sahabat2, keluarga.. Buat diri yg hina ni tertanya-tanya, "Aku ni bila lagi ye..."

Mati..Mati..Mati..Mati.. Suka ana ulang banyak kali. Macam mana ye rasanya mati? Slpas tu kita akan menghadap Allah kan? Hmm..macam mana ye nak hadap Allah sedangkan keadaan hati ni...cukup hanya Allah yg tau.

Ana bukan mengharapkan pape dlm ruangan kali ni. Jauh skali nak men"CaPub".. Cuma nak merungkaikan persoalan yg seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan drpd kita, pd kebanyakan masa.

Bermula drpd rasa kosongnya hati.. Satu rasa yg ana andaikan kerap kali dirasakan oleh ramai orang yg kemudiannya diisi dengan macam2 la. Time ni memang terserlah sungguh kreativiti masing2 dlm usaha mencari pengisian tu.. Memang kreatif dan inovatif.

Tengok cite2 Korea, cite2 Jepun.. Memang2, pelakon dia memang comei2,hensem.. "Ala.. Apa salahnya tengok jap, tengok ciptaan Allah. Kita puji Allah jugak tengok diorang karang. Banyak pengajaran pun dalam cite ni.. Kita amik yg elok2 je.." Hm.. Boleh ke macam tu? Tapi klu sampai dah azan masih...... Macam mana ye? Takpe2. Tengok puas2. Puji Allah bebanyak kat situ..Yg lain, memang bagus sahabat2 yg bangun menyegerakan solat ni. Alhamdulillah..

Ada lagi..

Baca novel? Novel apa? Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Salju Sakinah,,......... Alhamdulillah.. Baguih2.. Dapat menjana perkembangan vocab & sastera Melayu kita ye dak? Tp.. novel yg semacam tu.....macam mana ye? Tau novel yg semacam tu macam mana? Yg buat pembaca2 setianya tersenyum sorang2, ketawa sorang2.. Yg parahnya, angau la pastu, sorang2.. Mana tak nya, baca novel cintan-cintun.. Yg islamik tu, Alhamdulillah.. Sarat dengan hikmah, Boleh la dijadikan satu medium peningkatan iman; cintakan Allah, cinta yg slainnya juga keranaNya.. Tp yg bikin angau tu.. Boleh isi kekosongan hati ye? Cuma takut tertipu dengan janji2 dunia yg bersifat sementara. Cinta selain keranaNya, takkan kekal. Malah menjanjikan banyak tipu daya juga buat tambah lagha sebenarnya wahai sahabat2ku sekalian..

Lagi2?

Banyak.. Join usrah, halaqah, ceramah2, forum2..Senang cerita, pergi je semua majlis ilmu selagi mana kaki masih mampu melangkah.. Takpun, ada yg dia sendiri bagi ceramah, jadi naqib & naqibah. Dengar dia bercakap, Subhanallah.. Mantap2.. Tak kurang juga yg berapi-api cakapnya. Cuma tak faham dengan yg sesetengah ni, pas balik bilik, duduk lepak2, ketawa terbahak2. Lupa dunia.. Yg terbungkang tidur tu, qailullah katanya.. Berjam2 lak tu. Erk? Macam familiar je

Lagi..

Tahajud, tadabbur Al-Quran, solat, riadhah... Banyak2.. tak habis ana nak menaip ni nanti..

Semuanya bergantung pada macam mana kita nak isi hati tu. Yg positif pengisiannya, Alhamdulillah.. Yg negatif tu..?? Sahabat2 yg ku kasihi keranaNya, sama2 la kita perbaiki diri..

Persoalannya sekarang, macam mana nak isi kekosongan hati? Macam mana nak hidupkan kembali hati yg mati? Hati ni kalau rosak dan tercemar dgn benda yg Allah x suka akan menyebabkan hati kita jd gelap, susah nanti nak dapat hidayah Allah.. Jd, macam mana ye nak ubati hati ni?

Pertama, KENALI HATI..

Hati ni ada 3 jenis; 1. Qalbun Sahih (hati yg suci). Bila memperkatakan hati yg suci ni, ianya bermakna hati tu bersih, sihat dan bebas dr segala gangguan yg boleh menyebabkan si empunya hati menentang perintah dan larangan Allah s.w.t.. 2. Qalbun Mayyit (hati yg mati). Nafsu dan syaitan ni slalu je berebut tempat di hati manusia. Pabila hati kita ni dah dikuasai, ditawan, alamatnya payah le nak mengikut perintah Allah swt dan RasulNya. Sebaliknya lebih mudah menuruti kehendak nafsu dan syaitan.. 3. Qalbun Maridh (hati yg sakit).. Hati jenis ni hidup tp dah mula menyimpan benih2 penyakit. Kadang2 sihat, kadang2 tu bila x sihat, akan jd x menentu.. Ada ketikanya utamakan dunia, cintakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur..Senang cite, semua penyakit hati-yg bule mengakibatkan hati mati. Bahaya2.. Naudzubillah..

Hati kita ni kategori yg mana ye?

Kedua.. CARI PUNCA..
RACUN yg berpunca dari LIDAH..
1. Berlebih-lebihan dalam berbicara..

"Janganlah banyak berkata-kata selain ZIKRULLAH krna ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yg terhindar jauh drpd Allah adalah orang yg memiliki hati yg keras." H.R Tirmizi

2. Mungumpat, memfitnah, mengadu domba..

3. Berlebihan dalam pergaulan.. Pergaulan bebas antara muslimin dan muslimat,tidak memelihara kehormatan diri dr segi pemakaian, tingkah laku, adab, cara percakapan dan byk lg..

RACUN yg berpunca dr MATA..

1. Berlebihan dalam melihat sesuatu..

"Katakanlah kepada lelaki yg beriman spya mereka menutup pemandangan mereka drpd melihat yg terlarang dan menjaga kehormatannya drpd kejahatan (jgn berzina). Demikianlah y sebaik2nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan.." Surah An-Nur:30

Jika terpandang yg haram secara tak sengaja dimaafkan tp kalau pandangan tu diulang buat kali kedua, sengaja pula.....tak boleh..tak boleh.. Berdosa.. Zina kan semuanya bermula dengan pandangan yg berlebihan, yg tak terjaga?
RACUN yg berpunca dr PERUT..

1. Berlebihan ketika makan..

"Jangan banyak makan dan tidur kerana pd hari akhirat nanti, mereka akan miskin amal solehnya ketika bertemu Allah.."

Yg pastinya, bila kita terlalu kenyang, mesti mengantuk kan? Akibatnya, kita akan banyak tidur kemudiannya.. Rasulullah s.a.w yg tercinta pun makan bila rasa lapar dan berhenti sebelum baginda rasa kenyang! Malah, Rasulullah s.a.w yg tercinta juga pernah bersabda yg bermaksud:

"Orang yg paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lapar pada hari akhirat.." H.R al-Hakim..

Jadi.. Banyak benda kita kena consider in doing something.. Banyak juga tip2 MENGUBATI dan MENGHIDUPKAN hati yg berpenyakit dan mati ni..

TIP2 MENGUBATI HATI:
1. Sentiasa berbaik sangka
2. Buang segala hasad dengki
3. Ukirkan senyuman.. Senyum sokmo!
4. Sentiasa merendah diri
5. Hiasi diri dengan sikap pemaaf..
6. Ikhlas..
7. Sentiasa menghadiri majlis ilmu!!
8. Jangan tinggalkan ibadat!! (Ibadat khusus, ibadat umum..)

TIP2 MENGHIDUPKAN HATI pula....:
1. Taubat Nasuha..
2. Hindari stres!
3. Sentiasa bersifat redha~
4. Hiasi diri dengan sifat pemalu (Al-Haya')
5. Rajin berzikir dan baca-tadabbur Al-Quran
6. Sentiasa ingat mati.. Kalau susah jugak, p la melawat kubur nak amik feel..
7. Ziarah orang miskin, orang sakit..
8. Sentiasa menghadiri majlis ilmu
9. Berdamping dengan para ulama
10. Banyakkan berselawat..

Kemudiannya, wahai sahabat2 sekalian..hati yg telah diubati dan dihidupkan ni, kena jaga.. supaya tak sakit dan mati lg..Kuncinya?

JAGA PERUT. JAGA MATA. JAGA LIDAH. KAWAL NAFSU

InsyaAllah.. Allah kan ada? Doa pd Nya semoga hati kita terpelihara..

Sebagai seorang insan yg punyai banyak kekurangan diri, ana nak mengajak sahabat2 sekalian, sama2lah kita saling berpesan dan mengingatkan diri pdNya.. Sama2lah kita berusaha mengingatkan hati kita pd kebesaranNya.. Sama2lah kita menghidupkan hati. Wahai sahabat2 ana, diri ni sangat lemah. Kekuatan datang drpd Allah.. Cuma ana mengharapkan kalian mampu menjadi wasilah. Di saat kecundang dalam meniti perjalanan hidup untuk terus mengenaliNya, mencari redhaNya, jadilah kalian sebagai sahabat yg menguatkan. Bila diri kita ni terlalu gembira, sesama lah mengingatkan akan azabnya yg keras bagi orang2 yg lalai dr mengingatinya. Bila kesedihan, ingatkan pula akan rahmatNya, kasih sayangNya yg meluas melebihi segala2nya. Agar kita dapat terus bergantung & mengharap pdNya.. Sehingga dapat juga kita rasakan, cukuplah hanya Allah bg dri ini.. Dengan harapan, tiada pape pun yg dapat mengganti.. CUKUP HANYA ALLAH BAGIKU..

Salam mujahadah buat semua..
Read More......