Wednesday, August 26, 2009

Diskusi: Terlalu Sibuk dengan Manusia Buat Kita Semakin lupakan Allah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ha. Sebelum antum semua fikir lebih jauh, meh ana nak terangkan situasi yg dimaksudkan di atas dulu..

Betul ke bila kita banyak habiskan masa, bergaul, menyibukkan diri dengan manusia akn membuatkan kita semakin lupakan/jauh drpd Allah yg tercinta..? Tambah pule, keadaan masyarakat di situ sendiri tiada biah solehah.. kalau berhadapan dengan keadaan ni, apa yg perlu dilakukan?



Amat baik jikalau pertemuan atau byk ber'meeting' dengan tujuan mengingatkan kita semua pd Allah yg tercinta.. Tapi kalau meeting tu tak mendatangkan rasa "Allah yg tercinta sentiasa mengetahui, mengawasi dan memerhatikan kita" sebaliknya menambah rasa lalai dan lagha, macam mana ye? Mungkin kita sendiri mampu wujudkan suasana tu tp secara praktikalnya, macam mana ye..?

Sangat berbesar hati kalau antum semua dapat berkongsi pendapat mengenai persoalan2 ni..

Salam Ramadhan..
Salam Mujahadah Buat Semua..

Read More......

Thursday, August 20, 2009

Mahu Menyayangi dan Disayangi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Pencipta sekalian alam..
Semoga diri kita dalam keadaan yg sihat.
Bgtu juga hati, moga2 hidup sentiasa..

Melihatkan keadaan dunia hari ini, hanya menambahkan pedih hati. Sedih, sayu hati memikirkan keadaan kakak2, abang2, sahabat2,adik2 yg mengadu, KETANDUSAN CINTA. Manusia kematian hati menagih cinta sesama mereka yg tiada penghujungnya bilamana hati tidak diajak mengenal Sang Pemilik cinta yg hakiki yakni Allah.



Meletakkan cinta manusia melebihi segala-galanya bukan penyelesaian. Mana mungkin pula cinta itu boleh menandingi cinta ilahi. Tidak sewajarnya juga, cinta ini dicari. Yakinlah dengan janji2 Allah. Bukankah Allah tidak pernah memungkiri janji? (^_^)

"Perempuan2 yg keji untuk lelaki yg keji, dan lelaki yg keji untuk perempuan yg keji (pula) sedangkan perempuan2 yg baik untuk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik (pula).." (An-Nur, 24:26)

Yg baik untuk yg baik juga.. Yakinlah, di saat ini, meskipun Allah belum ketemukan kita dengan si dia, bersabarlah. Mungkin dia juga sedang ditarbiyah Allah, sedang dipersiapkan Allah untuk menjadi sebaik2 insan buat diri kita di sini. Cuma sekarang bukan masanya lagi untuk dipertemukanNya. Jadi, tiada ruginya jika kita juga
memperkemaskan diri menjadi hambaNya yg soleh/solehah (pertingkatkan dan perbaiki ibadah, akhlak, dan yg seumpamanya) dan menjadi sebaik2 insan buat si dia.

Sememangnya fitrah, kehendak hati mahu mmenyayangi-disayangi; tidak terkecuali diri yg hina ini..



Kata seorang sahabat ana, "Cintakan manusia ni jangan sesekali bila cintakan Allah belum dirasai. Dan cintakan Allah ni hadir hanya setelah kita mengenali dan mencintai diri sendiri.."
KENALI DIRI- CINTA ALLAH.. Layakkah diri ini mencintai selainNya? Dgn hati yg Allah pinjamkan ni? Layakkah? Allah Taala telah berfirman(d dalam hadis Qudsi) :

"Tidak ada suatu cara yg lebih sesuai utk hambaKU menghampirkan dirinya kpdKu dgn seumpama mereka melakukan ibadat yg Aku fardukan ke atas mereka. Dan senantiasa seorang hamba menghampirkan diri kpdKu dgn menambah amalan2 sunat (setelah mereka melakukan yg fardu) sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah pendengaran yg ia mendengar dengannya & Akulah penglihatan yg dia melihat dengannya & Akulah lidahnya yg ia bercakap dengannya & Akulah tangannya yg ia menyentuh dengannya & Akulah kakinya yg ia berjalan dengannya.." (HR Bukhari drpd Abu Hurairah)

Ya Allah, izinkan diri yg kerdil lg hina ini menjadi hamba yg dicintaiMu!...
Sekalipun tidak sedalam cinta Rabiatul adawiyah,
Sekalipun tidak seteguh iman si asiah:ratu Syahadah,
Sekalipun tidak semulia Fatimah Az-zahra
Sekalipun tidak setulus Khadijah..
Izinkan hambaMu ini mencintai dan dicintaiMu ya Allah..

Di saat ramai manusia dahaga mencari cinta sesama mereka, rasa ingin disayangi, menyayangi, diri ini juga turut merasai perkara yg sama: mahu mencintai dan dicintai. Tp bukan lg dengan makhluk, sebaliknya Allah dan RasulNya..

CUKUPLAH HANYA ALLAH BAGIKU..
INSYAALLAH..

Salam Ramadhan..
Salam mujahadah buat semua..

Read More......

Sunday, July 5, 2009

Hati yang Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Hari ni Allah masih memberikan pluang untuk kita bernafas.. Dah berminggu-minggu ana dengar berita kematian drpda sahabat2, keluarga.. Buat diri yg hina ni tertanya-tanya, "Aku ni bila lagi ye..."

Mati..Mati..Mati..Mati.. Suka ana ulang banyak kali. Macam mana ye rasanya mati? Slpas tu kita akan menghadap Allah kan? Hmm..macam mana ye nak hadap Allah sedangkan keadaan hati ni...cukup hanya Allah yg tau.

Ana bukan mengharapkan pape dlm ruangan kali ni. Jauh skali nak men"CaPub".. Cuma nak merungkaikan persoalan yg seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan drpd kita, pd kebanyakan masa.

Bermula drpd rasa kosongnya hati.. Satu rasa yg ana andaikan kerap kali dirasakan oleh ramai orang yg kemudiannya diisi dengan macam2 la. Time ni memang terserlah sungguh kreativiti masing2 dlm usaha mencari pengisian tu.. Memang kreatif dan inovatif.

Tengok cite2 Korea, cite2 Jepun.. Memang2, pelakon dia memang comei2,hensem.. "Ala.. Apa salahnya tengok jap, tengok ciptaan Allah. Kita puji Allah jugak tengok diorang karang. Banyak pengajaran pun dalam cite ni.. Kita amik yg elok2 je.." Hm.. Boleh ke macam tu? Tapi klu sampai dah azan masih...... Macam mana ye? Takpe2. Tengok puas2. Puji Allah bebanyak kat situ..Yg lain, memang bagus sahabat2 yg bangun menyegerakan solat ni. Alhamdulillah..

Ada lagi..

Baca novel? Novel apa? Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Salju Sakinah,,......... Alhamdulillah.. Baguih2.. Dapat menjana perkembangan vocab & sastera Melayu kita ye dak? Tp.. novel yg semacam tu.....macam mana ye? Tau novel yg semacam tu macam mana? Yg buat pembaca2 setianya tersenyum sorang2, ketawa sorang2.. Yg parahnya, angau la pastu, sorang2.. Mana tak nya, baca novel cintan-cintun.. Yg islamik tu, Alhamdulillah.. Sarat dengan hikmah, Boleh la dijadikan satu medium peningkatan iman; cintakan Allah, cinta yg slainnya juga keranaNya.. Tp yg bikin angau tu.. Boleh isi kekosongan hati ye? Cuma takut tertipu dengan janji2 dunia yg bersifat sementara. Cinta selain keranaNya, takkan kekal. Malah menjanjikan banyak tipu daya juga buat tambah lagha sebenarnya wahai sahabat2ku sekalian..

Lagi2?

Banyak.. Join usrah, halaqah, ceramah2, forum2..Senang cerita, pergi je semua majlis ilmu selagi mana kaki masih mampu melangkah.. Takpun, ada yg dia sendiri bagi ceramah, jadi naqib & naqibah. Dengar dia bercakap, Subhanallah.. Mantap2.. Tak kurang juga yg berapi-api cakapnya. Cuma tak faham dengan yg sesetengah ni, pas balik bilik, duduk lepak2, ketawa terbahak2. Lupa dunia.. Yg terbungkang tidur tu, qailullah katanya.. Berjam2 lak tu. Erk? Macam familiar je

Lagi..

Tahajud, tadabbur Al-Quran, solat, riadhah... Banyak2.. tak habis ana nak menaip ni nanti..

Semuanya bergantung pada macam mana kita nak isi hati tu. Yg positif pengisiannya, Alhamdulillah.. Yg negatif tu..?? Sahabat2 yg ku kasihi keranaNya, sama2 la kita perbaiki diri..

Persoalannya sekarang, macam mana nak isi kekosongan hati? Macam mana nak hidupkan kembali hati yg mati? Hati ni kalau rosak dan tercemar dgn benda yg Allah x suka akan menyebabkan hati kita jd gelap, susah nanti nak dapat hidayah Allah.. Jd, macam mana ye nak ubati hati ni?

Pertama, KENALI HATI..

Hati ni ada 3 jenis; 1. Qalbun Sahih (hati yg suci). Bila memperkatakan hati yg suci ni, ianya bermakna hati tu bersih, sihat dan bebas dr segala gangguan yg boleh menyebabkan si empunya hati menentang perintah dan larangan Allah s.w.t.. 2. Qalbun Mayyit (hati yg mati). Nafsu dan syaitan ni slalu je berebut tempat di hati manusia. Pabila hati kita ni dah dikuasai, ditawan, alamatnya payah le nak mengikut perintah Allah swt dan RasulNya. Sebaliknya lebih mudah menuruti kehendak nafsu dan syaitan.. 3. Qalbun Maridh (hati yg sakit).. Hati jenis ni hidup tp dah mula menyimpan benih2 penyakit. Kadang2 sihat, kadang2 tu bila x sihat, akan jd x menentu.. Ada ketikanya utamakan dunia, cintakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur..Senang cite, semua penyakit hati-yg bule mengakibatkan hati mati. Bahaya2.. Naudzubillah..

Hati kita ni kategori yg mana ye?

Kedua.. CARI PUNCA..
RACUN yg berpunca dari LIDAH..
1. Berlebih-lebihan dalam berbicara..

"Janganlah banyak berkata-kata selain ZIKRULLAH krna ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yg terhindar jauh drpd Allah adalah orang yg memiliki hati yg keras." H.R Tirmizi

2. Mungumpat, memfitnah, mengadu domba..

3. Berlebihan dalam pergaulan.. Pergaulan bebas antara muslimin dan muslimat,tidak memelihara kehormatan diri dr segi pemakaian, tingkah laku, adab, cara percakapan dan byk lg..

RACUN yg berpunca dr MATA..

1. Berlebihan dalam melihat sesuatu..

"Katakanlah kepada lelaki yg beriman spya mereka menutup pemandangan mereka drpd melihat yg terlarang dan menjaga kehormatannya drpd kejahatan (jgn berzina). Demikianlah y sebaik2nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka kerjakan.." Surah An-Nur:30

Jika terpandang yg haram secara tak sengaja dimaafkan tp kalau pandangan tu diulang buat kali kedua, sengaja pula.....tak boleh..tak boleh.. Berdosa.. Zina kan semuanya bermula dengan pandangan yg berlebihan, yg tak terjaga?
RACUN yg berpunca dr PERUT..

1. Berlebihan ketika makan..

"Jangan banyak makan dan tidur kerana pd hari akhirat nanti, mereka akan miskin amal solehnya ketika bertemu Allah.."

Yg pastinya, bila kita terlalu kenyang, mesti mengantuk kan? Akibatnya, kita akan banyak tidur kemudiannya.. Rasulullah s.a.w yg tercinta pun makan bila rasa lapar dan berhenti sebelum baginda rasa kenyang! Malah, Rasulullah s.a.w yg tercinta juga pernah bersabda yg bermaksud:

"Orang yg paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lapar pada hari akhirat.." H.R al-Hakim..

Jadi.. Banyak benda kita kena consider in doing something.. Banyak juga tip2 MENGUBATI dan MENGHIDUPKAN hati yg berpenyakit dan mati ni..

TIP2 MENGUBATI HATI:
1. Sentiasa berbaik sangka
2. Buang segala hasad dengki
3. Ukirkan senyuman.. Senyum sokmo!
4. Sentiasa merendah diri
5. Hiasi diri dengan sikap pemaaf..
6. Ikhlas..
7. Sentiasa menghadiri majlis ilmu!!
8. Jangan tinggalkan ibadat!! (Ibadat khusus, ibadat umum..)

TIP2 MENGHIDUPKAN HATI pula....:
1. Taubat Nasuha..
2. Hindari stres!
3. Sentiasa bersifat redha~
4. Hiasi diri dengan sifat pemalu (Al-Haya')
5. Rajin berzikir dan baca-tadabbur Al-Quran
6. Sentiasa ingat mati.. Kalau susah jugak, p la melawat kubur nak amik feel..
7. Ziarah orang miskin, orang sakit..
8. Sentiasa menghadiri majlis ilmu
9. Berdamping dengan para ulama
10. Banyakkan berselawat..

Kemudiannya, wahai sahabat2 sekalian..hati yg telah diubati dan dihidupkan ni, kena jaga.. supaya tak sakit dan mati lg..Kuncinya?

JAGA PERUT. JAGA MATA. JAGA LIDAH. KAWAL NAFSU

InsyaAllah.. Allah kan ada? Doa pd Nya semoga hati kita terpelihara..

Sebagai seorang insan yg punyai banyak kekurangan diri, ana nak mengajak sahabat2 sekalian, sama2lah kita saling berpesan dan mengingatkan diri pdNya.. Sama2lah kita berusaha mengingatkan hati kita pd kebesaranNya.. Sama2lah kita menghidupkan hati. Wahai sahabat2 ana, diri ni sangat lemah. Kekuatan datang drpd Allah.. Cuma ana mengharapkan kalian mampu menjadi wasilah. Di saat kecundang dalam meniti perjalanan hidup untuk terus mengenaliNya, mencari redhaNya, jadilah kalian sebagai sahabat yg menguatkan. Bila diri kita ni terlalu gembira, sesama lah mengingatkan akan azabnya yg keras bagi orang2 yg lalai dr mengingatinya. Bila kesedihan, ingatkan pula akan rahmatNya, kasih sayangNya yg meluas melebihi segala2nya. Agar kita dapat terus bergantung & mengharap pdNya.. Sehingga dapat juga kita rasakan, cukuplah hanya Allah bg dri ini.. Dengan harapan, tiada pape pun yg dapat mengganti.. CUKUP HANYA ALLAH BAGIKU..

Salam mujahadah buat semua..
Read More......

Thursday, June 11, 2009

All Because of Allah??

Bismillahirrahmanirrahim..

Hm..Learning stat and maths this morning has made me wonder the whole day long,

How is it to have an intention(a strong one) of doing everything-ONLY because of Allah? Am i having this intention in everything i do? Is everything-FULLY done because HIM? Only HIM?

A BIG QUESTION MARK here, for me and perhaps to all of us..




I used to have this kind of thoughts in mind: to be close to Allah is to study what so called- Ilmu Agama only. Yup. That's what i USED to think of. I couldn't relate other courses or programmes or subjects with Islam itself. Couldn't even see the beauty of Islam from this perspective. The 1st day i came to cfsiium nilai, i could only see IRK as the only way to get to know Islam better.(but it was before..) I'm not qualified to take that course anyway..
I couln't relate Econs with Islam.Not at all! Until one day, a good friend of mine reminded me of one thing, "Islam is Syumul la Alyaa.."

Islam is syumul, perfect. Yup! That has helped a lot.. Ok, my fault. I've heard about this before but never bother to adapt it in daily life. Rugi2.. (TQ my fella! For reminding me..)

Alyaa, it's the time for you to prove to yourself that Islam truly is syumul in everything!

I was a science student(back in school time- f4 and f5)-which explains why did i have problem in finding out how to relate Econs and Islam at the 1st place. I learnt biology, chemistry, add maths, physics,etc.. And during those days, i could see how beautiful has Allah created everything in this world. Especially Biology. (Wah! i just love Biology!) Subhanallah! It was just beautiful on how HE creates human beings, other organisms and so on.. But really, why couldn't i relate econs with Islam before this?

Alhamdulillah. Today i'm able to see ISLAM in everything i do! In Maths..In Statistics..In everything i'm learning for now! I just came to realize that, yes, every field of studies, the knowledge...came fom Allah. He is the only All-knowing.. He knows everything, every SINGLE, tiny, invisible(what else?) thing.. And He is The Owner of All Creation. He is the starter of everything!

For Maths as an example, It is amazing on how human can solve all those complicated calculation by just using those formulae n methods invented. Now let's think the other way round..

We are amazed with those intelligent people. Then, why don't we feel amazed of THE CREATOR of 'these intelligent people' when the intelligence is gifted by Allah- The Creator?

Wah..Pandainya diorang ni..
Hebat2.. Banyak benda diorang boleh buat..
Tapi Allah yg cipta kita semua..
Allah yg ilhamkan semua perkara pd hmba2Nya..
Wah! Kalau camtu..
Allah lg hebat!

Subhanallah.. Isn't HE The Greatest.....?

Ok ok.. Back to our main issue, "How to do everything because Allah?"

Like what my friends usually remind me of is by knowing that..

HE SEES US
HE'S LISTENING
HE'S WATCHING OVER US
HE KNOWS EVERYTHING!

Thus, it's a shame to do something that Allah doesn't like..
Malu..Malu..

Let's think this way..

Let's say.. you have a cellphone and you're using postpaid. Every month, you'll receive your phone bill. ok, that's for your cellphone.

At the same time, you have your own house.. You're working. Already have a job. Then all bills come together at the same time: Bills for the electricity, water, rent, etc..

Surely you're gonna have trouble in paying all these bills. Might make you wonder, "For what have i used all these? Why are there so many bills. Plus, they are too much to pay!"

Aha!

What if one day, you received more bills and they were all from HIM..
Hearing bill
Talking bill
Seeing bill
Oxygen bill
........... bill
........... bill

Can you pay all these??!!

Alamak. Malu pulak dengan Allah..
I've been using all these during all this time (tertunggak bilnya kalau dikira!).. have i been using all these because of HIM?? (legs to walk to class to get Allah's blessing.. Hands to help people in needs.. Eyes to see the wonderful creation of His.. Everything to do because of Him! But has everything being done ONLY because of Him...? Wah! So sad!)

Ya Allah.. Help us, guide us to the right path.. Show us the right way.. We really need Your Guidance as it's only You who knows all the rights n wrongs.. We can only plan for the good things to happen but ya Allah, You know the best..

jom cintakan Allah! cintakan Rasul juge..
hanya rindukan Allah! rindukan RasulNya juge..

Read More......

Saturday, June 6, 2009

Hidayah Allah..



Hidayah ni boleh datang dalam plbagai bentuk dan cara..

Ada yg thru mimpi..
Ada yg 'terhantuk bru tergadah'..( tu la. degil sgt..)
Tak kurang juga ada yg terkesan dgn nasihat dan teguran pihak sekelilingnya..

Kesimpulannya, "macam2 ada.."

Bila hati terdetik nak mulakan sesuatu perkara yg baik..jangan dilengah-lengahkan lg..
"Ah, tak payah pikir byk2. buat je!"
Bukan apa.. nanti tak jadi benda tu bila dah byk sangat fikirnya..

Perkara yg Allah suka..




Jom kita berlumba mengejar pahala!
Cuba sedaya mungkin nak lakukan yg terbaik dalam menampilkan dri berhadapan dgnNya..

Perkara yg Allah tak suka pula..

JGN BUAT!! Learn to say "NO"
NO..NO..NO..
Allah tak suka..
Nanti Allah X redha..
Kan dah susah nak dapatkan Cnta Allah?
Apatah lg nak merinduiNya..

Sentiasalah berpesan pada diri..

"Saya nak jadi HEBAT! Supaya Allah sayang.."
Hebat dalam semua perkara..
Ibadah, pencapaian akademik, dan sebagainya..

"Saya nak cinta Allah! Supaya Allah juga cintakan saya.."
Tapi mana mgkin hal ni tercapai bilamana hati dah dinodai cinta manusia yg malalaikan?

"Ya Allah.. Nak rindukan Allah setiap waktu.."
Supaya setiap perkara yg dilakukan, sentiasa merasakan Allah bersama..
Sehinggakan, setiap pggilan untuk menghadapNya, EXCITED tak terkata..
Maklumlah.. Nak menghadap yg TERcinta..

Sungguh..
Hidayah yg Allah anugerahkan tu..
Betul2 MAHAL nilainya..
Jd bg yg beroleh hidayah Allah tu,
ketahuilah bahawa anda adalah d antara hmbaNya yg terpilih..
Hargai, genggam erat2, jangan sampai terlepas..
Manisnya rasa bila hati terpanggil, terkesan dengan hidayahNya..
Tak mungkin dapat dirasai buat kali kedua..
Tidakkan sama rasanya pabila kali yg pertama tu lebih terasa kemanisannya..


"Dan orang yang bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang2 yang berusaha membaiki amalannya.."
Surah Al-Ankabut:69

..:: Ya Allah.. Sungguh, Kau mengetahui..RedhaMu yg ku cari ::..


Read More......